Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Politik

Tok Mat pemimpin yang sombong, kata MB Negeri Sembilan

PRK RANTAU – “Memang kita (Pakatan Harapan) cemas sangat nak kalahkan dia ini, kita memang cemas.”

Itu reaksi seloroh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun terhadap kenyataan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan.

Mohamad sebelum itu mendakwa Pemimpin PH begitu cemas dalam usaha untuk mengalahkannya pada PRK Rantau esok.

Aminuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat itu menganggap Mohamad seorang pemimpin yang sombong kerana menyamakan pimpinan PH seperti binatang.

“Itulah sikap kalau pemimpin sombong bercakap begitu..itu saya cakap dari dulu lagi.

“Kita sebagai pemimpinnya janganlah cakap soal menyamakan kita dengan binatang, kita kena hormat. Kita hebat macam mana, kita ini pun daripada rakyat kepada rakyat,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan amanat khas dalam Program Taklimat Persediaan Jentera Pakatan Harapan PRK Rantau di Eco Park, Kampung Kuala Sawah, Rantau di sini hari ini.

Dalam ceramah kempen di Pasar Malam Taman Angsana di sini malam tadi, Mohamad mendakwa kepimpinan PH kini ‘berkubang’ di Rantau sepanjang masa termasuk seekor kerbau balau yang ada sepanjang hari berkempen.

Dakwanya, setiap hari orang Rantau hairan dengan kelibat kereta polis bersimpang siur masuk kampung sana sini.

Dalam pada itu, Aminuddin yang juga Pengerusi PH Negeri Sembilan itu juga menjelaskan, sekiranya rakyat tidak bersama PH pun beliau tidak wajar menyamakan orang UMNO dengan sesuatu yang tidak elok.

“Kalau rakyat tidak bersama kita pun saya tidak boleh samakan orang UMNO dengan sesuatu tidak elok dan kalau itulah sikap pemimpin dan kita nak lantik sebagai pemimpin negarawan, tuan-tua bayangkan negara akan berada dalam keadaan bagaimana?

“Kalau itu pemimpin yang esok jadi perdana menteri, tiba-tiba cakap begitu kepada kita apa perasaan kita nanti dan kita rsa beliau tidak sepatutnya jadi pemimpin saya rasa harus dihentikan (perkataan tak elok),” tegasnya. – MalaysiaGazette

1 Comment

  1. Maruah Hashim

    Org PH yang banyak menggunakan perkataan kasar. Bkn itu sahaja Menyamakan Pemimpin BN dgn BADUT, mencari salah org, menghina org setiap kali berceramah… Sebelum kata or…CERMIN DIRI SENDIRI…

Leave a Reply

Theme by Anders Norén