Bukan sekadar blog

Politik

Tok Mat dijangka menang besar di Rantau, kata Ilham Centre

BADAN kajian Ilham Centre menjangka bekas menteri besar Negeri Sembilan Mohamad Hasan akan memenangi Pilihan Raya Kecil DUN Rantau dengan selesa pada 13 April.

Kajian dijalankan ke atas 396 responden menunjukkan pengundi lebih cenderung menyokong bekas menteri besar dan bekas Adun Rantau selama tiga penggal itu, kata Ilham Centre.

Pengarah eksekutifnya Azlan Zainal berkata, ramai responden melihat Mohamad lebih berwibawa berbanding calon Pakatan Harapan (PH), Dr S Streram.

Loading...

“Pendekatan beliau yang mudah mesra, kerap turun padang bertemu rakyat, merendah diri dan prihatin dengan kebajikan rakyat menambat hati pengundi di sini.

“Responden juga bersetuju bahawa Tok Mat (Mohamad) mempunyai kredibiliti yang lebih tinggi sebanyak 81.6 peratus berbanding calon PH, Dr S Streram 17.7 peratus dan lain-lain calon,” katanya.

Kajian badan itu mendapati, Streram tidak popular dan tidak diangggap sebagai anak tempatan DUN Rantau.

Malah Ketua Cabang PKR Rembau, R Tanggam lebih popular dan dikenali pengundi di situ, kata Azlan.

Loading...

Leave a Reply