Bukan sekadar blog

Berita Utama

Tiga lagi kes disahkan positif koronavirus di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat pertambahan tiga kes baharu positif novel koronavirus (2019-nCoV) di negara ini.

Ia sekali gus menjadikan keseluruhan tujuh kes positif dilaporkan di negara ini sejak 25 Januari lalu.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh KKM menerusi satu kenyataan media, awal pagi Rabu.

Dua kes terbaharu jangkitan novel koronavirus melibatkan seorang kanak kanak berusia empat tahun yang kini dirawat di wad pengasingan Hospital Sultanah Maliha, Langkawi.

Manakala lelaki berusia 52 tahun yang kini dirawat di wad pengasingan Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Loading...

Leave a Reply