Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Berita Utama

Tiada keperluan tubuh RCI Tabung Haji – Mujahid

TIDAK ada keperluan untuk kerajaan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menentukan status kewangan Lembaga Tabung Haji, kata Mujahid Yusof.

”Kalau dah selesai dan kembali stabil, kenapa perlu RCI?” soal menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.

“Bagi saya tak perlu (RCI) sebab dah selesai masalah ini, tapi SPRM perlu siasat pengurusan terdahulu.

“Beberapa anggota dah ada dalam senarai SPRM termasuk pengerusi sebelum ini,” katanya.

Mujahid berkata demikian mengulas cabaran Anggota Parlimen Baling, Abdul Azzez Abdul Rahim supaya kerajaan menubuhkan RCI bagi menyiasat Tabung Haji.

Abdul Azeez hari ini mencabar kerajaan PH supaya menubuhkan RCI bagi menentukan status kewangan Lembaga Tabung Haji.

Abdul Azeez yang juga bekas pengerusi Tabung Haji berkata, Mujahid hanya memberi jawapan politik dan bukannya fakta mengenai lembaga itu.

“Bagi saya jawab, saya tolong jawabkan. Saya tahu, menteri jawab tanpa fakta, saya minta bagi peluang kepada saya, ini tidak adil, menteri tak berani buat PAC, RCI, menteri takut.

“Tak adil bagi saya, sebagai bekas (pengerusi) Tabung haji,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu Abdul Azeez meminta Dewan Rakyat membenarkan beliau bertanya soalan tambahan selepas Mujahid berkata masalah yang berlaku dalam Tabung Haji diwarisi dari kerajaan sebelumnya.

Bagaimanapun permintaannya diabaikan oleh Speaker Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén