Filem Avengers: Endgame mencipta fenomena seluruh dunia apabila berjaya mengutip kira-kira AS$1.2 bilion (RM4.96 bilion) pada tayangan awal.
Filem arahan Anthony Russo dan Joe Russo itu menjadi lebih menarik apabila Thanos berjaya mengumpul lima Batu Infiniti dan memusnahkan sebahagian besar anggota The Avengers.
Bercakap mengenai Thanos, baru-baru ini terdapat satu kenyataan bahawa makhluk asing itu dikatakan berasal Palembang, Indonesia. Uishh biar betul!
Alamak! Nak ‘claim’ lagi ke?
Seorang pengguna Twitter, Ilhamy Nahzeri berkongsi keratan artikel bertajuk ‘Benarkah Thanos Avengers Asal Palembang?’ yang menjadi tular sehingga diulang kicau lebih 16,000 kali.
Umum sedia maklum bahawa rakyat Indonesia sering mendakwa beberapa ciptaan kepunyaan Malaysia adalah milik mereka seperti lagu Negaraku dan animasi Upin-Ipin.
Jangan ‘claim’ Ironman!
Bumi ini milik Indonesia!
Semua benda nak ‘claim’
Bagi jelah semua…
Walau bagaimanapun, artikel dan video berkenaan adalah mengenai seorang warganegara mereka yang memiliki nama seperti Thanos iaitu ‘Tanos’.
Tonton video penuh:
Leave a Reply