Bukan sekadar blog

Berita Utama

‘Terima kasih untuk semua Tun’ – Dr Mahathir dipeluk erat isteri dengan linangan air mata

TINDAKAN spontan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali memeluk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selepas sidang media khas di Yayasan Al Bukhary di Kuala Lumpur, hari ini, menyentuh perasaan ramai.

Dalam video berdurasi seminit itu, Dr Mahathir dilihat terkejut dan cuba mengelak daripada dipeluk isterinya.

 

View this post on Instagram

 

Thank you everyone.

A post shared by Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) on

Bekas Perdana Menteri ketujuh itu juga kelihatan malu-malu namun orang ramai yang berada di sekeliling meminta beliau turut memeluk isterinya.

Dr Siti Hasmah dipercayai berbuat demikian bagi menenangkan suaminya selepas krisis politik yang melanda sepanjang minggu ini.

Sementara itu, rata-rata netizen meninggalkan ucapan terima kasih terhadap bekas pemimpin no 1 negara itu.

Mereka juga berharap agar Dr Mahathir dapat meluangkan lebih masa bersama keluarga dan setiap jasa serta pengorbana beliau akan terus dikenang selamanya.

Loading...

1 Comment

  1. Dr.Haji Rajiee Hadi.

    We love Tun M always!

Leave a Reply