Bukan sekadar blog

Berita Utama

Terengganu mungkin kurangkan penerima Dana Raya tahun ini

KUALA TERENGGANU – Jumlah penerima Dana Raya Terengganu bagi tahun ini berkemungkinan akan dikurangkan berikutan kekangan kewangan akibat pemotongan pembayaran royalti minyak sebanyak 25 peratus oleh Kerajaan Pusat.

Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya mungkin akan mengubah syarat-syarat permohonan iaitu dengan mengecilkan jumlah pendapatan bersih pemohon.

“Bagaimanapun, kita belum buat keputusan lagi dan sedang melihat data statistik pendapatan bersih dan bagaimana kita akan berikan dana berkenaan,” katanya di sini, hari ini.

Tahun lalu, seramai 276,541 orang pemohon menerima manfaat Dana Raya membabitkan peruntukan berjumlah RM69.13 juta.

Loading...

Bantuan tahunan kerajaan negeri itu diagihkan mengikut kategori iaitu RM44.3 juta kepada 177,097 orang yang pendapatan rendah, RM9.7 juta kepada 38,744 warga emas, RM10.7 juta kepada 42,800 ibu atau bapa tunggal dan RM4.5 juta pula disediakan untuk 17,900 orang kurang upaya (OKU).

Dalam perkembangan lain, Ahmad Samsuri berkata, Terengganu sudah menerima pembayaran royalti minyak mengikut jadual pada tahun ini membabitkan jumlah kira-kira RM580 juta yang dibayar pada awal April.

Menurutnya, pemberian itu bagaimanapun membabitkan pemotongan 25 peratus bersamaan kira-kira RM180 juta oleh Kerajaan Pusat bagi pembayaran hutang tertunggak.

Loading...

1 Comment

  1. Buat lah yg terbaik untuk rakyat. Kekangan kewangan tidak dinafikan. Namun begitu dengan berkat kesabaran, ketakwaan yang dianugerah oleh ALLAH SWT kepada Dr Ahmad Samsuri dapat mengatasinya dengan jalan yg terbaik.

Leave a Reply