Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Dalam Negeri

Terengganu lulus empat projek rumah mampu milik bernilai RM100 juta

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu meluluskan peruntukan sebanyak RM100 juta bagi projek Rumah Mampu Milik (RMM) di empat kawasan di negeri itu.

Menteri Besar,  Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, setiap kawasan masing-masing mendapat peruntukan sebanyak RM25 juta.

Katanya, kawasan tersebut ialah RMM Tok Jembal, Kuala Nerus; RMM Tajin, Hulu Terengganu; RMM Tempinis, Besut dan RMM Gong Chengal (II), Kemaman.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan bertulis daripada Wan Hapandi Wan Nik (PAS-Sura) dalam Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Ke-14, di sini hari ini.

Wan Apandi ingin mengetahui status pembinaan RMM yang telah diputuskan pada sidang DUN lepas di empat kawasan dan jumlah peruntukan bagi projek tersebut.

Dr Ahmad Samsuri (PAS-Rhu Rendang) berkata, sehingga Mac tahun ini dua tender projek telah pun ditutup iaitu projek RMM Tok Jembal, Kuala Nerus dan RMM Tajin, Hulu Terengganu.

“Manakala RMM Tempinis, Besut berada dalam penyelaras pra-pelaksanaan dan RMM Gong Chengal (II), Kemaman akan diteliti pelaksanaannya dari semasa ke semasa,” ujarnya.

Sumber: Teganukita

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén