Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Berita Utama

Terduduk lemah, pakcik tua termenung lihat barang niaga dirampas

Berniaga di bahu jalan tanpa permit yang sah sememangnya menjadi satu kesalahan.

Ini kerana perbuatan itu boleh mengundang bahaya bukan sahaja kepada peniaga, malah kepada pengguna jalan raya di kawasan tersebut.

Baru-baru ini, tular di media sosial beberapa gambar pihak berkuasa tempatan merampas barangan yang milik seorang lelaki yang didapati berniaga di kawasan larangan.

Menerusi gambar tersebut, lelaki itu hanya mampu memandang sayu takkala barang-barang jualannya diangkut ke dalam trak pihak berkuasa.

Gambar yang dimuatnaik di Facebook Betta Malaysia itu telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

Ada yang menganggap tindakan pihak berkuasa merampas barangan tersebut terlalu keras sedangkan keuntungan yang diperolehi peniaga itu cuma cukup-cukup makan sahaja.

Ujar netizen, pihak PBT sepatutnya membantu peniaga tersebut dengan menyediakan tempat yang sesuai untuknya mencari rezeki dan bukannya melakukan tindakan yang sedemikiannya.

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén