Bukan sekadar blog

Berita Utama

Tak tahu siapa jaga siapa, satu keluarga dijangkiti Influenza A

Penularan wabak Influenza A dalam kalangan bayi dan kanak-kanak telah menjadi isu besar di negara ini sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Tidak terkecuali seorang wanita yang turut dijangkiti wabak tersebut bersama tiga lagi anaknya.

Menurut Deq Nor, seluruh ahli keluarganya telah disahkan positif Influenza A termasuknya bayinya yag berusia 11 bulan.

Malah, dua lagi anaknya tidak dapat hadir ke sekolah berikutan dijangkiti penyakit yang sama.

Deq Nor yang memaklumkan perkara itu di Facebook, meminta netizen mendoakan agar ahli keluarganya diberikan kesembuhan daripada wabak tersebut.

Sementara itu di media sosial, netizen memberikan kata-kata semangat buat Deq Nor sekeluarga selain berharap agar mereka sihat seperti sedia kala.

Loading...

Leave a Reply