Bukan sekadar blog

Berita Utama

Tak sampai 24 jam dibuka, Taman Tasik Titiwangsa dicemari sampah dan vandalisme

Taman Tasik Titiwangsa yang dibaik pulih dan dinaiktaraf selama hampir setahun telah dibuka secara rasminya kepada umum pada hari ini.

Namun begitu, seperti yang dijangka, taman berkenaan dilaporkan telah dirosakkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Menurut seorang pengguna Facebook, Noor Fazlina Rosley, dia mendakwa bahawa baru sahaja lima jam tasik tersebut dibuka, pelbagai kerosakan dan kesalahan yang dapat dilihat terdapat di kawasan riadah itu.

Antara kerosakan serta kesalahan yang didakwa dilakukan pengunjung adalah vandalisme di papan tanda, buang sampah merata-rata, penggunaan basikal melalui operator yang tidak berlesen, dan banyak lagi.

Seperti yang sedia maklum, Taman Tasik Titiwangsa ini mengambil masa hampir setahun untuk dibaik pulih serta dinaik taraf. Namun, kerana sikap golongan yang tidak bertanggungjawab ini, bagaimanakah keindahan taman ini hendak terjaga?

Orang ramai yang ingin berkunjung ke Taman Tasik Titiwangsa ini dinasihatkan supaya menjaga keindahan serta kemudahan yang disediakan supaya ianya boleh dipakai untuk jangka masa yang lama.

Loading...

Loading...

Leave a Reply