Bukan sekadar blog

Berita Utama

Tahniah TMJ berjaya ‘tundukkan’ Mahathir walaupun masih muda

SEMALAM, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengumumkan pembatalan perjanjian Statut Rom yang ditandatangani Malaysia tanpa kelulusan Majlis Raja-Raja mahupun Parlimen Malaysia.

Keputusan pembatalan itu baik tapi ucapan Mahathir ketika mengumumkan pembatalan tersebut adalah sangat dikesali.

Seperti biasa, Mahathir tidak pernah mengakui kesilapan diri atau pentadbirannya. Semuanya salah orang sehinggakan nak batalkan perjanjian yang ditangani kerajaannya juga disalahkan kepada pihak yang mengkritik perjanjian tersebut.

Soalan saya, siapa yang tandatangan? Siapa yang batal? Kenapa batal? Adakah batal itu kerana orang salah atau kerana kerajaan bodoh ini telah melakukan kesilapan besar setelah disedarkan oleh TMJ dan aktivis sosial serta politik seluruh negara?

Loading...

Sejak bila Mahathir takut orang? Semuanya beliau langgar. Perlembagaan pun Mahathirlanggar. Kenapa kali ini beliau takut untuk berada dalam perjanjian Statut Rom hingga sanggup membatalkannya?

Ternyata Statut Rom itu membahayakan negara. Amerika Syarikat, China dan Rusia juga tidak berani menandatangani Statut Rom. Singapura juga tidak. Kenapa kerajaan sepenggal Malaysia pula yang berani? Ini benar-benar satu kebodohan bagi pihak kerajaan Mahathir.

Benar kata TMJ, Statut Rom tidak dapat membela rakyat Palestin. Itu faktanya.

Sumber: Anina Saadudin

Loading...

Leave a Reply