Bukan sekadar blog

Berita Utama

Tahan sakit 13 jam, jari tertusuk jarum akibat mengantuk

SEORANG tukang jahit terpaksa menanggung sakit selama hampir 13 jam apabila jari telunjuknya tertusuk jarum ketika menjahit baju pelanggannya, kelmarin.

Menurut mangsa, Rizainawati Munaf, kejadian itu berpunca akibat kecuaian dirinya sendiri disebabkan dia terlalu letih dan tak cukup rehat kerana sibuk menyiapkan tempahan pelanggan.

“Ini kes tak cukup rehat sebenarnya. Mungkin kaki terlalu penat tiba-tiba tertekan mesin lalu terus tertusuk jari,” katanya.

Berikutan itu, Rizainawati terpaksa menjalani pembedahan selama tiga jam bagi mengeluarkan jarum tersebut.

Mangsa turut mengingatkan rakan-rakannya yang terlibat dalam bidang jahitan supaya lebih berhati-hati ketika menggunakan mesin dan alatan-alatan menjahit agar kejadian yang menimpa dirinya tidak berlaku pada orang lain.

Loading...

“Buat sahabat yang sama-sama dalam bidang jahitan, jaga diri dan kesihatn. Saya doakan semoga tak jadi macam saya. Kalau mengantuk pastikan tak paksa diri menjahit,” katanya.

Loading...

Leave a Reply