Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Berita Utama

Tabung Haji dapat nafas baharu di bawah PH

SEREMBAN – Tabung Haji (TH) telah mendapat nafas baharu di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas dicemari penyelewengan oleh pengurusan terdahulu.

Ketua Cabang PKR Kuantan, Fakhrul Anuar Zulkawi berkata, perubahan dalam lembaga pengarah termasuk pelantikan Pengerusi baharu, Tan Sri Mohamad Nor menggantikan Datuk Seri Aziz Abdul Raheem, dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam Datuk Seri Zukri Samad sebagai CEO Tabung Haji berjaya memulihkan keadaan.

Katanya ia membuktikan kerajaan komited meletakkan golongan profesional dan pakar dalam bidang masing masing dan bukan pemimpin poltitik PH dalam syarikat berkaitan kerajaan.

“Mereka masuk dan membuat siasatan dalaman dan mengaudit penyata kewangan 2017 dan hasilnya mendapati bahawasanya aset Tabung Haji ketika itu kurang daripada liabiliti.

“Ini berlaku ketika dividen juga dikeluarkan oleh kerajaan BN terdahulu. Ini memang menyalahi Seksyen 22 Akta Tabung Haji 1955 dan pengurusan baharu berusaha membaik pulih keadaan ini,” katanya.

Beliau menyatakan demikian selepas perjumpaan dengan pengundi Kampung Kuala Sawah, Rantau sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau malam tadi.

Menurut beliau, hasil audit mendapati jumlah TH ketika itu ialah RM4.1 bilion manakala liabilitinya melebihi aset pada 2018 dan jumlah yang semakin melebar itu menyaksikan kerajaan mengambil keputusan untuk memindahkan aset-aset yang kurang menyerlah kepada syarikat dibawah seliaan Kementerian Kewangan.

Katanya, aset itu dinilai ialah kira-kira RM9.7 bilion namun kerajaan menawarkan sukuk bernilai 19.9 bilion yang merupakan faktor pengurusan TH bersetuju untuk memindahkan aset tersebugt sebagai pulangan pendeposit yang dijamin kerajaan.

“Tabung Haji ada dalam keadaan baik pada 31 Disember lalu, kita punya akaun sihat dan aset melebebihi liabiliti lebih kurang RM1 bilion dengan kemasukan (terbitan) sukuk,” katanya. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Theme by Anders Norén