Bukan sekadar blog

Berita Utama

Tabung Haji alami susut nilai, tak pernah rugi – Pakar kewangan

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) tidak pernah rugi, sebaliknya hanya mengalami susut nilai pada tahun kewa­ngan 2017 yang di­sebabkan penuru­nan harga saham di luar kawalan pengu­rusan organisasi itu.

Pakar kewangan, Abdul Rahim Hilmi Zakariya berkata, perkara ini telah diulang oleh musuh-musuh politik untuk mendakwa pengurusan Tabung Haji pada pemerintahan terdahulu telah gagal atau menyeleweng.

Jelasnya, dalam tempoh 1 April hingga 31 Disember 2018 iaitu di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan, susut nilai aset Tabung Haji adalah lebih tinggi iaitu sebanyak RM5.4 bilion berbanding RM4.1 bilion sewaktu kerajaan Barisan Nasional pada 2017.

“Nilai defisit RM4.1 bilion (tahun kewangan 2017) itu bukan rugi. Ia adalah susut nilai. Keba­nyakan pun­ca susut nilai adalah kerana penurunan harga saham yang di luar kawalan pengurusan Tabung Haji.

Loading...

“Tabung Haji ti­dak pernah rugi. Tahun 2017, keuntungan bersih syarikat itu adalah RM3.412 bilion. Jumlah ini disahkan juruaudit bebas Ernst & Young (E&Y) dan tak pernah dipertikaikan walaupun sudah berlaku pertukaran kerajaan,” katanya dalam status Facebook hari ini.

Tambah Abdul Rahim, pe­ngurusan terdahulu mengguna pakai kaedah nilai boleh direali­sasi bersih (NRV) untuk seimbangkan defisit RM4.1 bi­lion tersebut.

Beliau memberitahu, pengurusan Tabung Haji telah menilaikan semula harga aset dengan harga yang mereka jangka boleh dijual.

“Masuk sahaja pengurusan baharu, defisit aset Tabung Haji sudah jadi RM10.9 bilion. Maka, pengurusan Tabung Haji pindah aset kepada syarikat tujuan khas (SPV), dapat kertas hutang, hilang semua dividen saham dan dapat penilaian harga melampau atas kertas.

“Contohnya, saham Bumi Armada bernilai RM8 juta dinilai atau ambil alih dengan nilai atas kertas RM115.2 juta. Ya, Pakatan Harapan kata itu bukan perakaunan kreatif. Itu maknanya ‘pandai’,” ujarnya.

Loading...

Leave a Reply