Bukan sekadar blog

Berita Utama

‘Suruh mengucap pun tak pandai’ – Lelaki Rohingya perguna nama Islam kutip derma

BAGAN SERAI – Kehadiran golongan pengemis di sekitar bandar ini menimbulkan persoalan kepada penduduk setempat kerana jumlah mereka dilihat semakin ramai.

Selain kawasan tumpuan seperti kedai makan, mereka juga menjadikan lokasi taman perumahan sebagai lubuk duit.

Baru-baru ini, tular di laman sosial memaparkan seorang lelaki memakai kopiah mengutip derma di sebuah taman perumahan hingga menimbulkan keraguan dalam kalangan netizen.

Video berdurasi 1 minit 36 saat itu dimuat naik di Facebook Bagan Serai Kampung HalamanKu.

Menerusi video itu, seorang lelaki yang perakam video bertanyakan beberapa soalan agama kepada peminta sedekah.

Perakam tersebut meminta lelaki yang mengakui rakyat Rohingya dan orang Islam itu untuk mengucap dua kalimah syahadah, membaca surah al-Fatihah termasuk bertanya berapa rakaat bagi solat Maghrib, namun segala pertanyaan itu tidak mampu dijawab dengan memberi pelbagai alasan.

Netizen menonton video tersebut berpendapat, ramai mengutip derma sering menggunakan nama Islam sebagai modal untuk mereka meraih keuntungan.

“Inilah senjata simpati mereka. Nama Islam tetapi perangai… kerajaan sepatutnya memantau mereka,” kata Roshan.

Kata Fendi, pengutip derma berkemungkinan bukan seorang Muslim kerana jika benar, sudah tentu dia tahu mengucap dua kalimah syahadah.

“Bukan Islam, kalau Islam mengucap pun tak pandai. Al-Fatihah pun tak pandai bukan dia dah ni. Kalau Islam, sekali pun membaca Fatihah tak pandai memang jahil la,” ujarnya.

Sementara itu, rata-rata netizen berharap orang ramai berwaspada terhadap sesiapa sahaja termasuk pengutip derma dan jika was-was, mereka boleh hubungi pihak berkaitan untuk tindakan selanjutnya.

Loading...

Leave a Reply