Bukan sekadar blog

Berita Utama

‘Suka hati lambak bahan binaan depan rumah orang’ – Nenek kecewa sikap kontraktor tidak bertanggungjawab

Masalah akan mula timbul apabila manusia gagal berfikir secara waras. Dari situ, pelbagai pertelingkahan dan salah faham akan mula tercetus.

Itulah yang berlaku kepada seorang wanita warga emas yang hidup sebatang kara ini.

Kisah nenek ini mula tular selepas pihak kontraktor yang sedang melakukan kerja pengubahsuaian rumah banglo di sebelah didakwa telah meletakkan bahan binaan seperti pasir dan batu-bata di hadapan rumahnya.

Suka hati letak depan rumah nenek

Keadaan itu menyebabkan rumah nenek berhabuk sehingga warga emas itu terpaksa membersihkan rumahnya berulang kali setiap hari.

Difahamkan, pihak kontraktor memberikan alasan pemilik rumah banglo tidak membuka pintu dan meminta melambakkan bahan binaan di situ sahaja.

Suruh nenek diam

Lebih menyakitkan hati lagi, apabila nenek tersebut meminta untuk meletakan kesemua bahan jauh sedikit daripada kawasan rumahnya, malah warga emas itu pula dimarahi dan disuruh diam oleh pemandu lori yang membawa bahan binaan tersebut.

Loading...

Kecewa dengan sikap individu-individu terbabit, nenek tersebut meluahkan rasa sedih dengan perbuatan mereka, yang jelas tidak menghormati haknya.

Walau bagaimanapun, selepas kisah nenek ini tular, pemilik rumah banglo itu telah menyuruh pihak kontraktor memindahkan bahan binaan ke kawasan rumahnya.

Sumber: Cari Internet BM

Loading...

Leave a Reply