Bukan sekadar blog

Politik

Skandal 1MDB dimasukkan dalam silibus Sejarah – Maszlee

KUALA LUMPUR – Nampaknya Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik dengan kenyataan-kenyataan yang boleh mencetuskan kontroversi sememangnya tidak boleh dipisahkan.

Setiap kali bercakap sama ada dalam sidang akhbar atau menjawab soalan-soalan di Parlimen, ada sahaja kenya­taan yang membuatkan ramai pi­hak menggelengkan kepala, ter­masuklah dalam kalangan wartawan.

Jika sebelum ini beliau dikecam kerana isu kasut hitam, stoking, dakwaan kegagalan Program Susu 1Malaysia (PS1M) dan isu kolam renang, kali ini Maszlee tampil pula dengan ‘idea di luar kotak’ apabila bertekad mahu memastikan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dimasukkan ke dalam silibus pembelajaran mata pelajaran Sejarah.

Alasan yang diberikan beliau kononnya bagi memastikan kepemimpinan masa hadapan tidak mengulangi kesilapan serupa.

“Saya boleh memberikan jaminan bahawa isu 1MDB akan dimasukkan dalam sejarah Malaysia supaya generasi ke depan tidak akan mengulanginya.

“Begitu juga fakta sejarah yang me­nyaksikan bahawa kha­zanah negara te­lah disamun oleh pe­mimpin akan dimasukkan ke dalam sejarah juga,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN – Pontian) dalam Persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Loading...

Sebelum itu, Ahmad bertanya apakah 60 buah sekolah persendirian Cina mempelajari mata pelajaran Sejarah dan berapa tahun diambil sesuatu perkara dianggap sebagai sebahagian daripada sejarah.

Menjawab pertanyaan Hasanuddin Mohd. Yunus (PH-Hulu Langat) me­ngenai usaha kerajaan menggubal semula subjek Sejarah kerana terdapat fakta yang ditokok tambah, Maszlee menjelaskan, kementerian akan menubuhkan Jawatankuasa Pe­nambahbaikan Kurikulum dan Buku Teks Sejarah dalam masa terdekat.

Katanya, jawantankuasa itu akan berkerjasama dengan jawatankuasa sedia ada termasuk pakar rujuk daripada pelbagai tokoh akademik dalam ilmu sejarah sama ada di dalam mahupun luar negara.

Beliau berkata, kementerian itu juga akan mengadakan beberapa siri wacana dengan tokoh-tokoh sejarawan bagi mendapatkan perspektif sejarah dengan naratif yang lebih segar dan produktif.

“Kementerian prihatian de­ngan pandangan pelbagai pihak tentang mata pelajaran Sejarah. Kurikulum Standard Sejarah digubal dengan tujuan untuk murid memperoleh perspektif yang lebih luas tentang perkembangan dunia serta memperkukuhkan semangat jati diri dan setia kepada negara,” ujar beliau.

Loading...

Leave a Reply