PENYANYI Siti Sarah meluahkan rasa kesal apabila suaminya, Shuib Sepahtu dikatakan dayus selepas meminta izin dirinya untuk membeli sebuah motosikal.
Namun begitu, Sarah tidak peduli malah bersyukur kerana dipinjamkan seorang suami yang baik dan bertanggungjawab.
“Tak sangka pulak cerita minta izin isteri untuk beli motor jadi isu yang besar.
“Yang peliknya, ramai lelaki menganggap berterus terang dengan isteri atau menghormati isteri adalah sesuatu yang dayus.
“Alhamdulillah saya bersyukur pada Allah kerana pinjamkan saya seorang suami yang baik dan bertanggungjawab walhal dia boleh beli lebih dari motor tanpa bertanya pun pada saya,” tulisnya.
Tambah pelantun lagu Semakin ini, dia mendedahkan segelintir kaum lelaki lebih memilih untuk menipu daripada berterus terang dengan isteri masing-masing.
“Yang saya tak faham, lelaki ni menganggap menipu isteri itu lebih berani dari berterus terang yang dianggap dayus.
“Ya Allah, ampunilah dosa-dosa mereka sekiranya kata-kata mereka menyakiti suamiku. Amin,” tulisnya lagi.
Pada Jumaat lalu, Shuib telah memuat naik foto bersama sebuah motosikal jenama Honda Y15ZR yang baru dibeli di Instagram (IG) miliknya.
“Salam Jumaat. Akhirnya dapat juga.. Alhamdulillah penat pujuk Siti Sarah Raisuddin,” tulisnya sebagai kapsyen.
Leave a Reply