KUALA LUMPUR – Menteri Industri Utama, Teresa Kok menafikan pernah membuat ciapan mengenai ‘jenayah rogol, rompak, culik dan pecah rumah kebiasaannya dilakukan oleh orang Melayu’.
Teresa dalam ciapan terbaharu di laman Twitter berkata: “Satu lagi ciapan Twitter palsu berlegar.
“Saya tidak pernah menulis apa-apa ciapan yang merendahkan orang Melayu.
“Siapa yang fitnah, dia akan masuk neraka.”
Baru-baru ini tersebar satu ciapan yang menggunakan nama Teresa, bagaimanapun gambar profil Twitter tersebut tidak sama dengan akaun Twitter menteri berkenaan.
Tarikh ciapan pula adalah pada 13 Ogos 2015. – MalaysiaGazette
Leave a Reply