Seekor kucing jalanan ditemui dalam keadaan matanya tersembul keluar dipercayai dicungkil individu tidak bertanggungjawab.
Menerusi video selama 44 saat yang dikongsi di Twitter oleh Faez Lee, kucing malang itu ditemui dalam keadaan lemah dan menahan kesakitan dengan matanya berdarah.
Faez Lee berkata, kucing itu kemudiannya dihantar ke pusat perlindungan haiwan untuk menerima rawatan. Bagaimanapun, keadaan terkini haiwan tersebut tidak diketahui.
“Kucing tu dah selamat di Animal Shelter milik Mah Intan di Alor Setar.. cuma tak tau lagi keadaan dia macam mana,” katanya.
Sementara itu, kejadian tersebut telah mengundang kemarahan netizen di media sosial.
Rata-rata mereka mengecam tindakan individu terbabit yang disifatkan tiada sifat perikemanusiaan terhadap haiwan.
Leave a Reply