Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Jenayah

Setiausaha Politik Salahuddin Ayub ditahan SPRM terima rasuah RM28,000

SPRM menahan seorang pegawai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub kerana disyaki menerima suapan seutas jam tangan yang dianggarkan bernilai kira-kira RM28,000, hari ini.

Salahuddin dalam kenyataannya berkata beliau telah dimaklumkan oleh pihak SPRM berhubung penangkapan itu.

“Saya tidak akan campur tangan dalam siasatan SPRM dan saya akan membiarkan undang-undang mengambil tempatnya. Dia juga seperti rakyat Malaysia lain yang tertakluk kepada undang-undang.

“Saya berpegang teguh kepada prinsip keluhuran undang-undang dan saya yakin dan percaya SPRM akan menyiasat kes ini dengan adil dan bebas,” katanya.

Gambar hiasan

Terdahulu, Bernama melaporkan lelaki berusia 47 tahun itu ditahan kira-kira pada pukul lima petang di ibu pejabat SPRM di Putrajaya ketika memberi keterangan.

Laporan yang memetik sumber itu berkata lelaki itu dipercayai menerima jam tangan itu sebagai dorongan agar sebuah syarikat mendapat projek-projek kementerian.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Azam Baki dipetik mengesahkan penahanan itu dan berkata siasatan dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Azam juga berkata SPRM akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap lelaki itu esok.

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén