Bukan sekadar blog

Berita Utama

Seorang ulama tertinggi Iran maut selepas dua hari positif Covid-19

TEHRAN: Wabak coronavirus (COVID-19) di Iran hari ini membunuh seorang anggota badan ulama yang melantik pemimpin tertinggi, menjadikan jumlah kematian kepada 12 orang.

Ayatollah Hashem Bathayi Golpayegani, 78, meninggal dunia dua hari kemudian selepas disahkan positif COVID, lapor agensi IRNA.

Sekurang-kurangnya 12 ahli politik dan pegawai sudah meninggal dunia dan 13 lagi dijangkiti sama ada dikuarantin atau sedang dirawat.

Negara itu kini sedang bergelut untuk membendung penularan COVID-19 yang mana sehingga kini sudah menjangkiti 13,938 dan membunuh sekurang-kurangnya 724, menurut angka rasmi.

Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah itu semakin meningkat disebabkan peningkatan bilangan ujian yang sedang dilakukan yang mana kebanyakan pesakit mula menunjukkan simptom selepas dijangkiti.

Iran belum mengenakan larangan keluar tetapi sudah menutup buat sementara waktu Parlimennya, larangan berkumpul beramai-ramai dan menangguh pusingan kedua pilihan raya perundangan.

Orang ramai digesa untuk mengikut garis panduan ditetapkan dan berada di rumah bagi mengelak penyebaran COVID-19. -AFP

Loading...

Leave a Reply