Bukan sekadar blog

Berita Utama

‘Semoga mereka dikurniakan syahid…’ – PU Azman titip doa buat tiga beradik lemas

Kejadian tragis tiga beradik yang lemas di Sungai Terengganu, dekat Kampung Kuala Telemong, Hulu Terengganu, pada 5 Syawal lalu mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia.

Jenazah ketiga-tiga beradik itu telah selamat dikebumikan di dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Alor Limbat, Bukit Payung, Marang.

Berita tersebut menerima pelbagai reaksi dari orang ramai termasuklah PU Azman yang turut menitipkan doa buat tiga anak muda yang telah pergi mengadap Illahi.

Sambil memetik hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari Muslim, perkongsian tersebut dizahirkan penceramah bebas itu menerusi Instagram.

“Pilu. Doakan mereka dan keluarganya semoga tabah.

“Kejadian tiga beradik mati lemas di Sungai Terengganu Kampung Kuala Telemong.

“Mereka ialah Khalif Naim, pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Imtiaz, Kuala Berang dan dilaporkan baru sahaja menghafaz 30 juzuk al-Quran pada 10 Mac lepas.

“Khairil Firdaus pula ialah pelajar tingkatan lima Sekolah Agama Mahmudiah, Kuala Berang manakala Umar Iskandar adalah pelajar Universiti Malaya.

“Semoga arwah ketiga-tiga mereka diampuni dan dirahmati Allah. Takziah buat ibu dan ayah serta seluruh ahli keluarga.

“Semoga mereka mendapat syahid.

“Maksudnya : “Orang yang mati syahid 5 golongan, iaitu mati kerana taun (wabak), mati kerana penyakit perut, mati lemas, mati ditimpa runtuhan dan mati syahid di jalan Allah” (Bukhari Muslim),” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

Pilu. Doakan mereka dan keluarganya semoga tabah. . Kejadian tiga beradik mati lemas di Sungai Terengganu Kampung Kuala Telemong. . Mereka ialah Khalif Naim, pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Imtiaz, Kuala Berang dan dilaporkan baru sahaja menghafaz 30 juzuk al-Quran pada 10 Mac lepas. Khairil Firdaus pula ialah pelajar tingkatan lima Sekolah Agama Mahmudiah, Kuala Berang manakala Umar Iskandar adalah pelajar Universiti Malaya. . Semoga arwah ketiga-tiga mereka diampuni dan dirahmati Allah. . Takziah buat ibu dan ayah serta seluruh ahli keluarga. . Semoga mereka mendapat syahid. . الشُّهَداءُ خَمْسَةٌ: المَطْعُونُ، والمَبْطُونُ، والغَرِيقُ، وصاحِبُ الهَدْمِ، والشَّهِيدُ في سَبيلِ اللَّهِ. . Maksudnya : “Orang yang mati syahid 5 golongan, iaitu mati kerana taun (wabak), mati kerana penyakit perut, mati lemas, mati dtimpa runtuhan dan mati syahid di jalan Allah”. (Bukhari Muslim).

A post shared by Cik Man (@puazmanofficial) on

Terdahulu media melaporkan tiga beradik berusia antara 16 hingga 21 tahun dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus di muara Sungai Terengganu dekat Kampung Kuala Telemong, Hulu Terengganu.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, ketiga-tiga remaja berkenaan, Khalif Naim, 16, Khairil Firdaus, 17 dan Umar Iskandar, 21, dipercayai mandi di lokasi berkenaan.

Al-Fatihah…

Loading...

Leave a Reply