Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Berita Utama

Sekolah agama di Malaysia salah ajar Islam, kata ustaz DAP

KUALA LUMPUR – Silibus pendidikan dan institusi pendidikan Islam di negara ini perlu diubah kerana dianggap mengajar perkara salah sehingga membina mentaliti dan kelakuan negatif dalam masyarakat.

Aktivis pro-DAP, Wan Ji Wan Hussin berkata, perkara yang perlu diubah adalah mentaliti orang Islam mengenai isu kafir, nabi dan kahwin bawah umur.

“Kenapa umat Islam di Malaysia diajar bahawa orang bukan Islam adalah kafir dan musuh? Isu kafir harbi sudah tidak relevan.

“Sebagai seorang Ahli Sunnah wal Jamaah, kalau kita percaya kita benar, kita tidak perlu takut sehingga melabelkan mazhab atau agama lain sebagai haram dan sesat.

“Kisah popular Nabi Muhammad berkahwin dengan Aisyah pada usia 9 tahun juga adalah salah. Ada hujah mengatakan beliau sebenarnya berkahwin pada usia 17 tahun.

“Disebabkan kisah sebegini banyak berlaku perkahwinan bawah umur,” katanya pada forum bertajuk Reformasi Institusi Agama, di sini, semalam.

Wan Ji turut menyuarakan pandangannya mengenai kekeliruan tentang perbezaan sebenar antara nabi dan rasul.

“Dalam silibus pendidikan Islam ketika ini, maksud nabi dan rasul yang diajar sebenarnya salah. Kalau maksud nabi adalah tidak wajib menyampaikan ajaran Islam, kenapa salah satu sifat nabi adalah tabligh, iaitu menyampaikan?

“Ini mengelirukan,” katanya, dalam forum anjuran Auspice Malaysia itu, yang antara lain bertujuan membuka pintu perbincangan mengenai hubung kait Islam dan institusi Islam, selain melihat keutamaan masyarakat Islam.

Forum yang berlangsung di Kampung Baru itu menarik hadirin daripada pelbagai latar belakang, termasuk beberapa orang berbangsa Cina.

2 Comments

  1. Anna

    Adoi, agama islam diajar mengikut AL Quran, senang je dia ni kata salah, boleh ke kita pula kata ajaran agama lain yang diajar pada murid2 mereka juga salah?, tanya je, tak kan berat sebelah.

  2. Anna

    sikit sikit hentam agama islam je.

Leave a Reply to Cancel reply

Theme by Anders Norén