Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Berita Utama

Sekolah agama di Malaysia salah ajar Islam, kata ‘ustaz’ DAP

KUALA LUMPUR – Silibus pendidikan dan institusi pendidikan Islam di negara ini perlu diubah kerana dianggap mengajar perkara salah sehingga membina mentaliti dan kelakuan negatif dalam masyarakat.

Aktivis pro-DAP, Wan Ji Wan Hussin berkata, perkara yang perlu diubah adalah mentaliti orang Islam mengenai isu kafir, nabi dan kahwin bawah umur.

“Kenapa umat Islam di Malaysia diajar bahawa orang bukan Islam adalah kafir dan musuh? Isu kafir harbi sudah tidak relevan.

“Sebagai seorang Ahli Sunnah wal Jamaah, kalau kita percaya kita benar, kita tidak perlu takut sehingga melabelkan mazhab atau agama lain sebagai haram dan sesat.

“Kisah popular Nabi Muhammad berkahwin dengan Aisyah pada usia 9 tahun juga adalah salah. Ada hujah mengatakan beliau sebenarnya berkahwin pada usia 17 tahun.

“Disebabkan kisah sebegini banyak berlaku perkahwinan bawah umur,” katanya pada forum bertajuk Reformasi Institusi Agama, di sini, semalam.

Wan Ji turut menyuarakan pandangannya mengenai kekeliruan tentang perbezaan sebenar antara nabi dan rasul.

“Dalam silibus pendidikan Islam ketika ini, maksud nabi dan rasul yang diajar sebenarnya salah. Kalau maksud nabi adalah tidak wajib menyampaikan ajaran Islam, kenapa salah satu sifat nabi adalah tabligh, iaitu menyampaikan?

“Ini mengelirukan,” katanya, dalam forum anjuran Auspice Malaysia itu, yang antara lain bertujuan membuka pintu perbincangan mengenai hubung kait Islam dan institusi Islam, selain melihat keutamaan masyarakat Islam.

Forum yang berlangsung di Kampung Baru itu menarik hadirin daripada pelbagai latar belakang, termasuk beberapa orang berbangsa Cina.

Loading...

12 Comments

  1. Anna

    Adoi, agama islam diajar mengikut AL Quran, senang je dia ni kata salah, boleh ke kita pula kata ajaran agama lain yang diajar pada murid2 mereka juga salah?, tanya je, tak kan berat sebelah.

    • Mohd Raffique

      Memang benar pun agama Islam berpandukan AlWuran, Sunnah, Hadith dan amalan sahabat.

      Soalan nya, betul ke apa yg diajar dn dipraktikkn kita hri ni semuanya bersumberkn serta berdalilkn sumber2 di ats…

  2. Anna

    sikit sikit hentam agama islam je.

  3. Jay Jamaluddin

    Ini bukan hentam. Dia cuba membawa islam pada landasan yg betul dalam konteks pendidikan. Semoga Allah merahmati dia.

  4. Mokhtat

    Sesat lg menyesatkan puak pakatan haram ni

  5. MKPJ

    Sebelum nak pertikaikan silibus Islam, perhati dan persoalkan kewibawaan diri Wan Ji Wan Hussin sendiri. Salah satu tindakan dan rancangan utk menjadikan Malaysia sebagai Republik ialah dgn meruntuhkan pegangan agama Islam rakyat Dia akan keluarkan kontrovesi Ugama mengikut logik akal utk dipersetujui rakyat yg berpengetahuan sederhana tentang ugama Islam. Jika ini berjaya maka mudahlah rancangannya utk menjadikan Malaysia sebagai Republik. Dia tidak akan menyerang ugama lain kerana hasrat bangsa lain memang berkehendakkan kesultanan Melayu hancur.

  6. Atihamzah

    Masa nabi wafat ..aisyah umur 18 tahun…tk kn setahun jer mereka berkahwin????…sedangkan aisyah adalah penghafal hadis2 nabi…tk logik…

  7. Said Assufi bin Osman

    Biasala dh disogok wang. X pun taksub dgn politik. Xdpt nak sangka baik dah aku..

  8. Wan

    Binatang punya lahanat nk burukkan Islam..aku sekolah dulu xde pn diajar bahawa agama lain tu sesat yg aku diajar dulu nabi kita ajar jangan hina agama lain..biarkan mereka dengan agama mereka aku dengan agamaku..mangkuk ni x baca surah AL -Kafirun ke lahanat

  9. Kau tunggu DAPig lingkup aku buat repot polis apa yg kau ckp biar mahkamah tentukan kalu buat sekarang menteri rahmatal lil alamin akn baking kau psl otk dia sama dgn otak kau

  10. Dato' Dr Mohammad bin Nasser bin Sulaiman bin AbdulQadir Jailani

    Inilah contoh terbaik istilah bodoh sombong yg ada pada rakyat Malaysia. Saya tidak sokong si wan ji ni tapi Ade betul jgk ape yg dia ckp no…. Dari dulu saya da tahu yg Muslim Malaysia telah berasaskan fatwa kerajaan. Igin penjelasan & Bukit kukuh bacalah buku saya ye…. InsyaAllah akan siap buku saya yg bertajuk “Ummat Muslim/Islam Malaysia dgn ajaran & fahaman kerajaan vs Fahaman Ulama2 muktabar dunia!” -Launching soon January 2019.

    Sedarlah wahai Muslim…yg kami suda lama tertipu dan disesatkan oleh pembesar2 kamu…jng la jadi seperti yg di firmankan Allah s.w.t dari Surah al-Azhab: 67
    “Dan mereka berkata: Ya Allah, sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar”.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén