Bukan sekadar blog

Uncategorized

“Saya cuma bimbang Najib akan menerima nasib yang sama seperti Pak Lah…” – Mohamed Rahmat

“Saya cuma bimbang Najib akan menerima nasib yang sama seperti Pak Lah…” tulis Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat dalam memoirnya (2009).

Allahyarham mesra dengan panggilan Tok Mat merupakan bekas Menteri Penerangan dan Setiausaha Agung UMNO. Beliau lahir pada 4 Januari 1938. Jika masih menghela nafas, usianya pada hari ini genap 84 tahun. Tok Mat meninggal dunia dalam tidurnya pada 1 Januari 2010.

Tidak lama sebelum pergi, Tok Mat meninggalkan naskhah memoirnya (UMNO: Akhir Sebuah Impian) pada September 2009.

Memoir itu mencatat ‘pesan’ tentang sikap Dr Mahathir Mohamad.

“Kita semua tahu bahawa selepas Dr Mahathir bersara dari politik suaranya jugalah paling lantang terutamanya dalam soal menyuruh Abdullah (Pak Lah) sebagai Perdana Menteri untuk berbuat itu dan ini. Apabila Abdullah tidak melakukannya, Dr Mahathir memulakan kempen kecaman hebat terhadap Perdana Menteri pilihannya sendiri.”

“…Saya sendiri dibuatnya seperti sepah setelah habis madu… Dr Mahathir hanya perlukan kita, apabila dia perlukan kita.”

Khidmat Tok Mat terhadap Dr Mahathir diringkaskan:

“Apatah lagi memikirkan bahawa sejak saya menjadi Menteri di bawah pentadbirannya, sayalah yang menjadi perisai dan pendinding beliau. Apabila rakyat membenci Mahathir, sayalah wajah kerajaan untuk mereka maki hamun.”

“Saya rasa sudah membuat segala apa yang perlu untuk kerjaya politik Mahathir. Sehinggakan saya menjadi orang yang paling dibenci di Malaysia sepanjang pemerintahan Mahathir. Dalam sepuluh tahun pertama pentadbiran Mahathir, apabila orang membenci Mahathir, mereka juga membenci saya. Sepuluh tahun kemudian, mereka lebih membenci saya.”

Beberapa tahun selepas itu, kebimbangan Tok Mat terhadap nasib DS Najib Razak (seperti di atas sekali) benar-benar berlaku.

Sumber FB – Korek-Korek

Loading...

Leave a Reply