Bukan sekadar blog

Berita Utama

Sarawak muflis dalam tempoh tiga tahun, Guan Eng hisap gam ke?

MENTERI Kewangan, Lim Guan Eng dalam satu majlis DAP Sarawak malam tadi memberikan amaran Sarawak mungkin akan bangkrap dalam tempoh tiga tahun jika Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus mentadbir.

Sifir beliau mudah. Belanjawan tahunan Sarawak adalah RM11 bilion. Disebabkan rizab Sarawak adalah RM30 bilion, maka ia akan habis dalam tempoh tiga tahun.

Dia macam ini la. Saya tak pernah lagi jumpa orang tongong macam ini. Mana dia mengaji sampai buat kira-kira seperti ini?

Belanjawan Sarawak pada tahun 2019 adalah RM11.91 bilion (perbelanjaan) berbanding RM 10.51 bilion hasil. Bermakna defisit RM1.5 bilion.

Benar defisit, tapi apa puncanya? Puncanya bila Kerajaan Persekutuan dalam Bajet 2019 hanya memperuntukkan RM4.35 bilion bagi pembangunan Sarawak berbanding lebih RM5 bilion untuk Sabah.

Maka tidak dapat tidak, kekurangan kerajaan Persekutuan ini ditampung oleh negeri. Mereka menyediakan RM9.07 bilion bagi perbelanjaan pembangunan dengan RM6.05 bilion daripadanya dikhususkan kepada kawasan luar bandar.

Tak pernah berlaku lagi dalam sejarah, kerajaan negeri berbelanja lebih besar (2 kali ganda) dari kerajaan pusat untuk membangunkan tanah air. Tapi ini berlaku pada zaman PH memerintah.

Sarawak juga ada kuasa dari sudut cukai jualan petroleum. Negeri-negeri Semenanjung tak ada. Benda ini termaktub dalam Jadual 10 Perkara V (7) Perlembagaan Persekutuan. 5% cukai jualan petroleum Sarawak sahaja, kerajaan pusat dah kena bayar RM4 bilion. Kalau cukai itu dinaikkan kepada 10%, dah jadi RM8 bilion. Bajet dah surplus.

Satu lagi. Bajet kerajaan Persekutuan 2019 adalah RM314.5 bilion. Pakai logik Guan Eng, Malaysia akan bangkrap tahun depan sebab rizab BNM cuma RM426 bilion. Tak boleh fikir ke?

Saya nak pesan kepada Lim Guan Eng. Kamu tu Menteri Kewangan. Setiap perkataan kamu walaupun hanya bertaraf retorik bodoh akan memberikan kesan kepada keyakinan pelabur. Macammana pelabur nak yakin untuk berniaga di Sarawak kalau Menteri Kewangan kata negeri itu akan bangkrap?

Kau isap gam ke yang mengarut sangat bercakap ni?

Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Bukit Tunggal Kuala Terengganu

*Penafian: Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian portal ini.

Loading...

Leave a Reply