KUALA TERENGGANU – Syarikat pengangkutan bas, Sani Ekspres akan menerokai perniagaan baharu apabila melabur RM50 juta untuk membangunkan perkhidmatan feri dari Kuala Kedah ke Pulau Langkawi.
Pengasasnya, Datuk Sani Salleh berkata, Sani Ferry yang bakal beroperasi pada Disember depan itu dijangka dapat menampung seramai 660 penumpang dalam satu-satu masa menerusi perkhidmatan tiga buah feri yang disediakan.
Katanya, pelaburan terbaharu tersebut termasuk kerja-kerja menambah baik dan mengindahkan infrastruktur di terminal Kuala Kedah.
“Keperluan feri di Kuala Kedah sangat tinggi dan dengan adanya Sani Ferry orang ramai tidak perlu menunggu lama untuk Pulau Langkawi kerana waktu perjalanan feri akan diselaraskan dengan ketibaan bas.
“Tambang Sani Ferry adalah RM23 sama seperti perkhidmatan sedia ada dan InsyaAllah penumpang yang mengambil pakej bas, Sani Ekspress akan menikmati tawaran diskaun,” katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas pelancaran Hentian Bas Marang yang disempurnakan Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar di sini semalam.
Menurut Sani, perniagaan baharu itu dijangka melonjakkan pendapatan syarikat kepada RM50 juta pada akhir tahun ini termasuk dengan pertambahan 15 lagi bas ekspress pada Oktober depan.
Katanya, ketika ini terdapat 50 buah bas Sani Ekspress beroperasi di laluan pantai Timur dan Utara di samping turut memiliki terminal bas di Meru Klang, hotel di ibu kota Kuala Lumpur dan menawarkan perkhidmatan agensi pelancongan.
Beliau turut menarik perhatian, bagi mengukuhkan lagi kedudukan syarikat pihaknya turut merancang untuk membangunkan hotel di Pulau Langkawi dalam tempoh kira-kira dua tahun lagi.
“Hotel yang bakal dibina di pekan Kuan itu akan menjadi hotel tertinggi di Pulau Langkawi dengan kemudahan 1,000 unit bilik,” katanya. – UTUSAN ONLINE
Amirul Naim Bin Abidin
Assalam macam mana nak apply
Hj Abd Naser Bin Bedu
Tahniah.. Dato”Sani Salleh..
Nawawi Mat
Tahniah dan terus istiqomah segala2nya milk Allah
Rahimah Rahim
Alhamdulillah..tahniah Dato Sani..Semoga terus maju.
Ibnu
Harga tiket sama dgn tiket kapal terbang. Lebih baik naik kapal terbang jimat masa.