MAJLIS Perbandaran Alor Gajah (MPAG) menjelaskan, isu sampul duit hari raya yang seolah-olah mempunyai imej babi tular di media sosial adalah berpunca daripada kesilapan cetakan.

“Merujuk kepada isu sampul dan kad raya yang telah diviralkan baru-baru ini dimaklumkan terdapat kesilapan dalam cetakkan dan pihak majlis telah menolak cetakkan itu.

“Namun ia telah diviralkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Pihak majlis memohon maaf atas kekhilafan yang berlaku,” kata MPAG dalam satu kenyataan di laman Facebook.

Sebelum ini, tular di media sosial gambar sampul raya berwarna merah yang seolah-oleh mempunyai imej babi dicetak oleh MPAG.

Ia mendapat kritikan daripada netizen berikutan merasakan tindakan itu adalah penghinaan yang disengajakan.

“Mempermainkan Islam secara halus…harap de pihak ambil tindakan segera,” kata pengguna Facebook, Mohd Nizam Verado Speed.

Sementara, Iswardi Abu Bakar berkata, sekiranya mahu dikatakan kebetulan, lebih baik dielakkan.

“Macam mana boleh approve. Have some sensitivity,” tulis beliau.

Manakala pengguna Facebook, Larahim Bin Betah pula berkata, hanya individu tertentu sahaja memahami dan terasa akan cabaran mendatang.

“Dalam corak ada sindiran..warna merah serupa angpau Cina….itulah corak PH sekarang,” tulisnya.

Loading...