Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Berita Utama

Rumah Jho Low di Los Angeles dijual dengan harga RM161 juta

RUMAH agam milik jutawan kontroversi Malaysia, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low yang bernilai $39 juta (RM161,557,500) dilaporkan telahpun dijual.

Rumah agam yang terletak di Montablan House, Sunset Strip di Los Angeles ini dipercayai dibeli oleh Jho Low pada tahun 2012 dengan wang yang disyaki daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MBD).

Rumah agam yang memiliki 6 bilik ini sedang berada dalam rundingan antara wakil Jho Low dan Pendakwa Raya Amerika Syarikat.

Menurut laporan, wakil Jho Low mengemukakan permintaan jualan rumah tersebut kepada Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat Jumaat lalu.

Menurut rekod pasaran semasa tempatan, kawasan rumah yang tidak berpenghuni tersebut semakin mengalami penurunan harga akhir-akhir ini.

Jho Low menjadi buruan pihak berkuasa Amerika Syarikat dan Malaysia sehingga kini masih memiliki beberapa aset hartanah di sekitar California dan New York.

Sebelumnya, pihak berkuasa Amerika Syarikat ada mengeluarkan kenyataan bahawa pihak tersebut sedia memulangkan sejumlah dana yang disalahgunakan ahli perniagaan tersebut kepada kerajaan Malaysia.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén