Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Berita Utama

Royalti: Kerajaan PH ‘dera’ rakyat Terengganu secara halus

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu mengakui menghadapi kesukaran mendapatkan wang royalti petroleum daripada kerajaan Pusat secara tuntas sekali gus menyifatkan tindakan itu umpama satu ‘penderaan secara halus’ kepada rakyat negeri itu.

Menteri besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ini kerana, kaedah bayaran royalti secara runcit atau ansuran sudah tentu menyukarkan kerajaan negeri untuk membuat sebarang perancangan kewangan serta perbelanjaan demi keperluan rakyat.

“Kita juga dalam beberapa kesempatan menyuarakan kegusaran dan rasa tak puas hati kita mengenai bayaran runcit (royalti), ini akan menyukarkan kerajaan negeri dan juga satu penderaan secara halus kepada rakyat.

“Sehingga kini kita masih belum dapat satu jawapan yang pasti dan tuntas daripada kerajaan Pusat berhubung masalah ini,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika menjawab soalan Bazlan Abdul Rahman (BN- Batu Rakit) dan juga soalan tambahan Datuk Seri Ahmad Said (BN-Kijal) selaku ketua pembangkang pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu ke-14 di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Ahmad Samsuri turut mengakui penerimaan wang royalti petroleum daripada kerajaan Pusat secara runcit itu memberi kesukaran di segi perancangan kewangan kerajaan negeri termasuk dalam mengurus perbelanjaan pentadbiran kerajaan.

“Ingin dijelaskan juga, pada 2019 kerajaan negeri telah terima bayaran royalti atau wang tunai petroleum sebanyak RM193.18 juta di mana jumlah ini adalah wang tunai petroleum yang sepatutnya kita terima pada 2018, tapi telah dibayar secara runcit pada Januari 2019,” jelasnya.

Beliau selanjutnya berkata, bagi tempoh berakhir pada 31 Disember 2018, kerajaan negeri telah menerima bayaran Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) atau royalti wang tunai petroleum sebanyak RM1.5 bilion dan kaedah bayaran itu dibuat secara berperingkat.

Jelasnya, bayaran pertama diterima sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) iaitu pada 10 April 2018 yang berjumlah RM603,960,000 diikuti RM100 juta yang diterima pada 21 Ogos 2018, RM200 juta pada 8 Oktober 2018 dan RM150 juta lagi pada 12 Disember lalu. – UTUSAN ONLINE

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén