Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Berita Utama

RON97 turun 22 sen, RON95 dan diesel kekal

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON97 turun 22 sen kepada RM2.41 seliter manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal RM2.08 dan RM2.18 seliter mulai tengah malam ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata harga runcit produk petrol itu adalah bagi tempoh 15 hingga 21 Jun ini.

“Penurunan ini adalah berikutan harga produk petroleum yang diproses di pasaran dunia menunjukkan trend penurunan susulan penurunan purata harga minyak mentah Brent berbanding minggu sebelumnya.

“Pada masa sama, perkembangan semasa berikutan ketegangan di rantau Teluk seperti yang berlaku semalam juga berkemungkinan memberi kesan kepada kenaikan harga minyak dunia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelas beliau, berdasarkan pengiraan di bawah formula Mekanisme Penetapan Harga Automatik (APM), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama, masing-masing sepatutnya RM2.11 seliter dan RM2.19 seliter.

“Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk dikekalkan pada RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat,” katanya.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén