Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Berita Utama

RON97 turun 1 sen, RON95 dan diesel kekal

Harga petrol RON97 turun sebanyak 1 sen mulai jam 12 tengah malam ini, menjadikan harga baru bagi bahan bakar itu ialah RM2.80 seliter.

Menurut Kementerian Kewangan, harga RON95 dan diesel pula kekal tidak berubah dari minggu lepas pada harga RM2.08 dan RM2.18 seliter.

“Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.50 seliter dan RM2.47 seliter masing-masing.

“Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan Kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat,” kata Kementerian Kewangan dalam kenyataannya.

Harga baru itu berkuat kuasa dari 4 Mei sehingga 10 Mei.

Kerajaan sebelum ini mengembalikan semula mekanisme apungan harga petrol dan diesel secara mingguan mulai 1 Jan lalu dengan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

Pada 27 Feb, Kementerian Kewangan mengumumkan kabinet memutuskan untuk menurunkan harga siling bagi RON95 kepada RM2.08 seliter dari RM2.20 seliter.

Manakala harga Diesel dihadkan pada RM2.18 seliter.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén