HARGA runcit petrol RON97 naik 11 sen pada harga RM2.38 seliter, manakala, RON95 dan diesel kekal masing-masing pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter berkuat kuasa tengah malam ini.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini berkata, harga bahan api berkenaan ditetapkan bagi tempoh 29 Jun hingga 5 Julai ini berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
Beliau berkata, berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh sama, masing-masing sepatutnya RM2.19 seliter dan RM2.28 seliter.
“Namun, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh berkenaan adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat,” katanya.
Katanya, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan dalam tempoh 29 Jun hingga 5 Julai adalah berjumlah RM75.16 juta.
Leave a Reply