Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Jenayah

Remaja rosakkan makanan di kedai serbaneka direman 4 hari

SEREMBAN – Tiga remaja yang ditahan kerana dipercayai sengaja merosakkan makanan di sebuah kedai serbaneka di pusat beli belah di Nilai, direman empat hari mulai hari ini.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar, berkata suspek yang berusia 18 dan 20 tahun itu direman sehingga Selasa ini.

Permohonan reman itu dibenarkan oleh Penolong Pendaftar, Nurharyatie Mohd Saini.

Terdahulu, suspek yang berpakaian biasa tiba di Kompleks Mahkamah Seremban jam 11.30 pagi.

“Reman itu bagi membolehkan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat,” katanya di sini, hari ini.

Suspek ditahan sejurus menyerah diri jam 3.45 petang semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai susulan laporan pengurus kedai serbaneka itu yang mendakwa kerugian RM30 akibat perbuatan suspek.

Kelmarin, tersebar di media sosial video berdurasi satu minit 10 saat yang memaparkan perbuatan seorang remaja yang dipercayai sengaja merosakkan makanan di sebuah kedai serbaneka sambil dirakam oleh seorang rakan, manakala seorang lagi mentertawakan tindakan berkenaan.

Video berkenaan bagaimana pun mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén