Bukan sekadar blog

Berita Utama

Remaja picit roti di Family Mart hingga rosak cetus kemarahan

VIDEO seorang remaja merosakkan makanan yang dijual di sebuah kedai serbaneka di Nilai tular di media sosial sehingga mencetuskan kemarahan dalam kalangan netizen.

Video berdurasi 1 minit 10 saat itu memaparkan remaja berkenaan memicit-micit roti yang masih berada di dalam bungkusan.

Dia juga dipercayai membuka penutup botol minuman dan meminum minuman tersebut tanpa membayarnya terlebih dahulu.

Selepas video itu viral, netizen secara berjemaah mengecam kelakuan biadap remaja tersebut dan mahu satu tindakan tegas dikenakan ke atasnya sebagai satu pengajaran.

Rata-rata netizen menyifatkan tindakan remaja itu tidak bermoral dan tidak boleh diterima sama sekali.

Loading...

Leave a Reply