Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Info

Remaja hidup sebatang kara, matinya dipenuhi kasih sayang jiran

BERAPA ramai remaja atau belia yang terpaksa merantau seorang diri jauh daripada keluarga untuk mencari rezeki buat diri dan ibu bapa yang ditinggalkan di kampung.

Ada antara mereka yang terpaksa hidup sebatang kara, bersendirian gigih bekerja untuk menyara hidup. Namun hidup sebatang kara tidak bermakna mati juga akan sebatang kara. Hidup yang berbudi matinya akan dikenang.

Rizal remaja Filipina berusia 17 tahun merantau ke Sandakan, Sabah seorang diri. Dia tinggal di Kg. Sing Kee, Tanah Merah, Sandakan.

Tempat tidur remaja yang bekerja sebagai kuli kapal itu hanyalah menumpang di rumah rakan-rakan. Kadang-kala dia tinggal di bangunan kosong.

Baru-baru ini Rizal meninggal dunia akibat tibi. Namun perginya sangat dipermudahkan.

Tidak seperti hidupnya yang sebatang kara, matinya penuh dengan kasih sayang daripada jiran-jiran yang mengenang jasa remaja Filipina itu yang tidak pernah lokek dengan rezeki yang diperolehinya.

Ikan-ikan yang diperolehi hasil kerjanya sebagai kuli kapal diagih-agih kepada jiran yang memerlukan.

Kisah Rizal diceritakan oleh Abang Botak di Facebooknya. Abang botak menyediakan perkhidmatan van jenazah percuma di daerah itu:

Baru-baru ni ada satu kematian, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun akibat penyakit tibi.

Saya berharap rakan-rakan yang membaca kisah ini dapat sampaikan berita kematiannya kepada kedua ibu bapanya jika mengenali mereka. Saya dimaklumkan ibu bapanya gagal dikesan sehingga kini dan kini berada di negara Filipina.

Namanya dikenali sebagai Rizal, beralamat di Kg.Sing Kee Tanah Merah Sandakan. Hidupnya sebatang kara tanpa kedua ibu dan bapa kandungnya di sisi.

Dengan usia begitu, dia menyara kehidupannya dengan bekerja sebagai kuli (juragan) kapal, menurunkan ikan daripada kapal apabila melabuh di pantai. Dengan sedikit hasil upah dan ikan yang dia perolehi hasil daripada menurunkan ikan dari kapal.

Dia tidak loke (kedekut) mengagih-agihkan ikan yang dia dapat kepada jiran-jiran yang berhampiran. sehinggalah dia sangat disenangi oleh orang ramai dikampungnya.

Tempat tidurnya di mana-mana saja. Kadang menumpang di rumah rakan-rakannya. Kadang tinggal di bangunan kosong saja. Begitulah kehidupannya sehari-harian.

Jika ada kapal ikan berlabuh keesokan harinya. Adalah rezeki yang akan dia perolehi dan diagih-agihkan kepada orang ramai di kampungnya lagi.

Itulah dia Insan mulia bernama Rizal. Namun, orang baik biasanya Allah akan ambil lebih awal. Takdirnya dia telah kembali kepangkuan Ilahi pada 08.01.2020 pada usia 17 tahun. Matinya tidak sempat bertemu ibu dan bapanya.

Hasil budi baiknya kepada orang ramai. Akhirnya Jenazahnya disempurnakan pula oleh orang ramai dikampungnya.

Semasa dalam perjalanan aku diceritakan, tentang pekertinya. Dan tempat uruskan jenazahnya pula dirumah seorang makcik daripada kampung itu yang menawarkan pondok kecilnya.

Saya sangat terharu, meskipun dia tidak ada apa-apa, tapi dia ada orang ramai disekelilingnya membantu. Ada juga aku tawarkan kain kafan.

Awalnya mereka setuju menerimanya. Tapi ketika sampai di rumah makcik yang menumpangkan jenazahnya. Saya dimaklumkan kain kafan sudah ada disediakan oleh ketua kampung di situ. Masya-Allah.

Segalanya dipermudahkan. Untuk tanah perkuburannya pun saya sudah maklumkan rakan penggali kubur di Jalan Aman. Alhamdulillah juga dipermudahkan.

Mereka tidak tetapkan harga. Berapa saja dia ambil katanya dengan sedikit sumbangan orang ramai yang ada di tangan, saya berikan kepadanya sebagai upah.

Alhamdulillah kini jenazahnya sudah selamat disemadikan. Ramai juga orang kampung yang mengiringi jenazahnya ke kubur.

Begitulah kisah kematian adik Rizal seorang yang baik kepada orang ramai dikampungnya. Aku doakan jika kedua ibubapanya masih hidup semoga mereka dapat datang melawat ke pusara anaknya ini.

Dan aku doakan, semoga rezeki orang-orang kampung yang membantu mengurus jenazahnya pula dimurahkan oleh Allah SWT.

Dan yang terakhir aku doakan semoga adik Rizal tergolong dalam kalangan hambanya yang beriman dan dimasukan dalam syurgaNya. Amin.-SM

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén