Bukan sekadar blog

Berita Utama

Remaja aniaya monyet gara-gara curi makanan

SATU video berdurasi 30 saat yang memaparkan aksi sekumpulan remaja lelaki mendera dua ekor monyet tular di media sosial.

Dalam video berkenaan, kedua-dua ekor monyet itu diikat tangan ke belakang sambil ditarik-tarik telinga gara-gara mencuri makanan.

Video yang dipercayai dirakamkan di Langkawi, Kedah itu mendapat bantahan dan mencetuskan kemarahan dalam kalangan netizen.

Malah, difahamkan visual dua ekor monyet itu hanyalah sebahagian daripada enam ekor yang ditangkap oleh remaja terbabit.

Menurut pemilik akaun Twitter yang memuat naik video berkenaan, @fafalinfazlin, salah seorang daripada kumpulan individu berkenaan merupakan kenalannya.

“Kami main main ja, kami tak bunuh pun,” dedah pengguna terbabit menerusi perbualan bersama salah seorang individu terbabit.

Kesemua monyet yang ditangkap difahamkan telah dilepaskan ke habitat asal.

Bagaimanapun, video yang tersebar itu terus mendapat kecaman netizen yang mahukan pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya atas tindakan menganiaya haiwan.

Loading...

Leave a Reply