Bukan sekadar blog

Berita Utama

Rejim Zionis tembak jemaah sedang solat di Baitulmaqdis

BUMI Palestin terus berdarah apabila tentera Zionis dengan kejamnya menembak umat Islam yang sedang bersolat di dalam masjid di di Baitul Maqdis.

Video kejadian tersebut telah dimuat naik oleh pelakon veteran Anne Abdullah di laman Instagramnya, hari ini.

“Keadaan terkini di Baitul Maqdis. Tentera Israel menembak umat Islam ketika mereka sedang bersolat di dalam masjid. Tolong sebarkan video ini di WhatsApp kepada setiap orang yang anda kenali sebelum ianya dibuang. Allahuakbar,” kata Anne.

 

View this post on Instagram

 

*In Bait ul Maqdis*: Israel Army firing on Muslims while they were praying (salaat) in the Mosque. Please spread on WhatsApp to everyone you know before it is removed.ALLAHUAKHBAR 😭😭😭

Loading...

A post shared by ANNE ABDULLAH (@anneabdullah08) on

Menerusi video tersebut, kelihatan sekumpulan umat Islam lari bertempiaran menyelamatkan diri masing-masing sambil melaungkan nama Allah sebaik sahaja tembakan dilepaskan.

Perkongsian video tersebut telah menarik perhatian rakan-rakan artis yang terkesan yang sifat zalim tentera Zionis itu.

Semoga satu hari nanti akan ada pengadilan yang setimpal buat segala kezaliman dan penindasan yang telah dilakukan oleh rejim Zionis ke atas bumi Palestin.

Sumber: Anne Abdullah

Loading...

Leave a Reply