Bukan sekadar blog

Berita Utama

Rejim Zionis sengaja buka empangan, musnahkan tanaman milik rakyat Palestin

Kekejaman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin bagai tiada kesudahan. Setiap hari, pasti ada sahaja berita dan kisah-kisah menyayat hati yang perlu ditanggung oleh mereka.

Namun, walaupun menempuh pelbagai dugaan dan cabaran mereka tetap tabah mengharunginya sehingga ia menimbulkan rasa kagum masyarakat dunia.

Baru-baru ini, Israel dikatakan telah membuka sistem empangan menyebabkan air melimpah ke ladang milik rakyat Palestin dan merosakkan tanaman milik mereka.

Kejadian seumpama itu bukan kali pertama berlaku dan ia disahkan snediri oleh Kementerian Pertanian Palestin.

Setiap kali Israel membuka empangan mereka, petani-petani Palestin terpaksa menanggung kerugian akibat kerosakan tanaman dan kematian haiwan ternakan.

Tindakan itu telah menaikkan kemarahan masyarakat dunia terhadap rejim berkenaan namun mereka tetap meneruskan perbuatan keji itu tanpa ada rasa belas kasihan sedikit pun.

Loading...

Leave a Reply