Bukan sekadar blog

Jenayah

Rasuah: Setiausaha politik Salahuddin Ayub direman 4 hari

PUTRAJAYA – Setiausaha politik kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub direman selama empat hari bermula hari ini selepas disyaki menerima suapan berbentuk seutas jam tangan jenama Omega dianggarkan bernilai kira-kira RM28,000 tahun lalu.

Perintah reman sehingga Jumaat ini dikeluarkan oleh Majistret Ahmad Asyraf Mohammad Kamal selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.

Lelaki berusia 47 tahun itu tiba di Mahkamah Majistret di sini dengan memakai baju lokap SPRM kira-kira pukul 9.15 pagi dengan diiringi beberapa orang pegawai suruhanjaya itu.

Loading...

Semalam, SPRM dilaporkan telah menahan lelaki berkenaan kira-kira pukul 5 petang semalam di Ibu Pejabat suruhanjaya itu ketika hadir memberi keterangan.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati lelaki terbabit dipercayai menerima jam tangan mewah itu sebagai dorongan membolehkan sebuah syarikat pembangunan mendapatkan projek-projek di bawah kelolaan sebuah kementerian.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 dan SPRM akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap suspek esok di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Loading...

Leave a Reply