Bukan sekadar blog

Politik

Rasmi: Parlimen Sandakan kekal milik DAP

SANDAKAN – DAP mempertahankan kerusi Parlimen Sandakan selepas calonnya Vivian Wong Shir Yee, 30, menewaskan empat pencabarnya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu, hari ini.

Vivian memperoleh majoriti 11,521 undi, selepas mendapat 16,012 undi.

Selain Vivian, PRK itu ditandingi calon Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Linda Tsen Thau Lin yang mendapat 4,491 undi dan tiga calon bebas iaitu Hamzah Abdullah, 65, (788 undi) Chia Siew Yung, 46, (178 undi) dan Sulaiman Samat, 36, (126 undi).

Pegawai Pengurus PRK Parlimen Sandakan, Mohd Hamsan Awang Supain mengumumkan keputusan berkenaan di pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Aktiviti Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tiong Hua Sandakan di sini pada jam 9 malam ini. – Bernama

Loading...

Leave a Reply