Bukan sekadar blog

Politik

Rantau dapat pelaburan seperti Port Dickson jika Streram menang – Anwar

SEREMBAN: Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan seandainya Dr S Streram memenangi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, itu akan memudahkan tugas beliau untuk membawa pembangunan ke Rantau yang bersempadan dengan Port Dickson.

Presiden PKR dan juga Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, beliau mempunyai perancangan untuk membawa masuk pelabur luar dan memajukan kawasan parlimennya yang juga menjadi antara destinasi pelancongan utama negara.

Katanya, beliau amat mengharapkan pengundi di DUN Rantau memberi kemenangan kepada Dr Streram supaya usahanya membawa pembangunan ke Rantau yang bersebelahan dengan Port Dickson seperti beliau rancang menjadi lebih mudah.

“Kalau beliau menang, saya ada orang yang boleh saya diharapkan secara langsung. Ia akan menjadi satu kelebihan. Saya pernah katakan ia akan membawa pembangunan kepada sebahagian Melaka dan juga Rantau.

Loading...

“Namun begitu, kalau Dr Streram kalah, pembangunan di Rantau juga akan diteruskan. Ia bukan satu prasyarat utama,” katanya kepada media selepas berceramah di Taman Sri Ramai, Rantau, malam ini.

Anwar berkata, Pakatan Harapan (PH) meletakkan keyakinan dan kepercayaan yang tinggi kepada Dr Streram untuk menjadi calon yang akan memenangkan PH kerana faktor pengalaman dan kerja keras yang dilakukan di Rantau, terutama selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Selepas PRU-14, memang dia turun padang. Saya memang minta laporan mingguan dari beliau. Mungkin tidak dapat sampai kepada semua orang di sini untuk banding 15 tahun Datuk Seri Mohamad Hasan,” katanya mengulas kehadiran Dr Streram di Rantau masih kurang dirasai pengundi.

PH mempertaruhkan Dr Streram untuk merampas kerusi DUN Rantau dari Barisan Nasional (BN) dalam PRK kali ini yang dikuasai Mohamad atau Tok Mat selama tiga penggal.

PRK berkenaan menyaksikan persaingan empat penjuru antara calon PH Dr S Streram, calon BN Mohamad dan dua calon bebas, iaitu R Malarvizhi serta Mohd Nor Yassin.

Loading...

Leave a Reply