Bukan sekadar blog

Berita Utama

Rakyat memilih kerja punca lambakan pekerja asing, kata Mahathir

PUTRAJAYA – Kehadiran pekerja asing di negara ini berpunca daripada sikap rakyat tidak mahu membuat kerja tertentu walaupun mereka mampu melakukannya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, sikap berkenaan menyebabkan peluang pekerjaan direbut oleh warga asing.

“Akhirnya, mereka yang akan menjadi kaya dan kita pula kekal atau menjadi miskin,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Pekerja 2019 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar; Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran; dan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar.

Loading...

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata, kerajaan sedar akan kebimbangan rakyat berhubung kebanjiran pekerja asing di dalam negara.

Justeru, beliau berkata, kerajaan sudah mengambil pelbagai tindakan bagi memastikan penggajian pekerja asing hanya apabila mereka benar-benar diperlukan oleh sektor yang kurang sambutan pekerja tempatan seperti sektor 3D (Dirty, Dangerous & Difficult).

“Ingin saya tekankan bahawa dasar kerajaan amat jelas, iaitu keutamaan pekerjaan di Malaysia adalah kepada warganegara,” katanya.

Lebih 5,000 pekerja dalam perkhidmatan awam dan swasta menghadiri sambutan Hari Pekerja 2019 itu yang kali pertama bawah pentadbiran kerajaan baharu.

Loading...

Leave a Reply