Bukan sekadar blog

Berita Utama

Rakyat luah rasa syukur, hujan akhirnya turun di Australia

Tiada apa yang mampu menggambarkan kegembiraan warga Australia apabila hujan akhirnya turun membasahi Bumi yang dilanda kebakaran belukar.

Krisis kebakaran belukar yang dilaporkan bermula sejak September itu telah menyebabkan kemusnahan hutan seluas kira-kira 5 juta hektar serta mengorbankan sekitar 480 juta haiwan pelbagai spesies.

Cuaca berangin serta suhu yang tinggi membuatkan api semakin mudah merebak.

Menurut seorang profesor dari fakulti Sains Bumi, Atmosfera dan Alam Sekitar Universiti Monash, Neville Nicholls, tahun lalu merupakan tahun paling kering bagi negara kanggaru itu.

Malapetaka ini turut menyatukan penganut berlainan akidah yang sama-sama berdoa meminta agar hujan diturunkan.

Tak tergambar kegembiraan mereka dengan kata-kata apabila hujan mula turun dengan harapan ia membantu menghentikan kebakaran yang dahsyat itu.

Rata-rata netizen dari seluruh dunia mengucapkan kesyukuran dan mendoakan warga Australia yang menghadapi bencana itu.

Loading...

1 Comment

  1. Yanto Ndun

    Thank God for your blessing

Leave a Reply to Cancel reply