Bukan sekadar blog

Berita Utama

Rakaman audio Najib tidak berguna di mahkamah, sebab itu Latheefa dedah kepada umum

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengatakan bahawa pendedahan pita rakaman yang dibuat oleh Ketua Pengarah SPRM, Latheefa Koya adalah sesuatu yang belum pernah berlaku dalam sejarah negara.

“Saya pada ketika itu adalah seorang Perdana Menteri, dan sama ada mana-mana pihak ada hak untuk buat ‘wire tapping conversation’ yang dilakukan oleh seorang Perdana Menteri lebih-lebih lagi dengan seorang ketua negara yang lain, ini boleh memberi kesan kepada hubungan diplomatik.

“Kenapa dan mengapa didedahkan di saat ini, kerana (perbualan) ini berlaku pada 5 tahun dahulu. Apakah motifnya. Adakah ia ada kaitan dengan pilihan raya kecil Kimanis dan sebagainya. Jadi inilah persoalan-persoalan yang perlu diberi jawapan yang tuntas” ujar Najib ketika ditemui wartawan sejurus tamat perbicaraannya pada hari ini.

Sementara itu peguam Najib, Tan Sri Shafee juga berkata apa yang telah dilakukan oleh Latheefa Koya adalah satu perkara yang tidak mengikut prosedur.

Beliau mempersoal Latheefa Koya yang pada mula menyatakan perbualan telefon ini adalah soal isu keselamatan dan kepentingan negara tetapi SPRM mendedahkan kepada orang ramai.

Menurut Shafee, jika sesuatu bukti itu ada kaitan dengan isu keselamatan dan kepentingan negara, ia sepatutnya dirahsiakan dan perlu ada prosedur. Tidak boleh didedahkan kepada umum. Malah Perdana Menteri pun tidak tahu mengenai perkara ini.

Pita rakaman itu jelas tidak berguna langsung untuk pembuktian di mahkamah, itu sebab Latheefa Koya dedahkan kepada umum. Persoalanya apakah motifnya? Shafee juga mempersoal adakah Latheefa berminat untuk berpolitik dari buat kerja?

“Jika Latheefa berminat untuk berpolitik, sila letak jawatan. Dia perlu tetapkan pendiriannya,” ujar Shafee.

Loading...

Leave a Reply