KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menyatakan kesanggupannya untuk mengadakan kelas percuma mengajar ahli Parlimen Pas dan Umno memantau harga minyak.
Katanya, memantau harga minyak merupakan antara tugas pembangkang seperti yang pernah dilakukannya ketika bergelar ahli Parlimen.
“Tidakkah ada seorang pun dari ahli Parlimen Pas dan Umno yang boleh menjalankan tugas ini? Supaya penyokong-penyokong mereka boleh bergantung harap kepada mereka, bukan datang menulis ‘hancing’ dan ‘kencing’ di mana-mana?
“Saya sanggup mengadakan kelas percuma mengajar ahli-ahli Parlimen Pas dan Umno ini bagaimana memantau harga minyak. Supaya mereka tidaklah menjadi pasu di dalam Parlimen sementara penyokong mereka kencing di merata-rata,” katanya di Facebook, hari ini.
Menurut beliau, jika sistem harga minyak yang ada sekarang ini boleh diperbaiki, sepatutnya Pas dan Umno melakukan kira-kira dan kajian serta membentangkannya kepada rakyat.
“Itu tugas saya sebagai ahli Parlimen pembangkang dahulu. Saya kira, saya bentangkan, sa
“Saya bagi bukti bagaimana sistem minyak bersubsidi boleh dikembalikan. Hasil pembentangan saya itu, ramai rakyat yang bersetuju. Bila PH menang, sebahagian dari saranan saya mengenai harga minyak diterima pakai,” katanya.
Bekas Naib Presiden PKR itu berkata, beliau tidak menjadi ahli Parlimen untuk mengajar penyokong-penyokongnya menjerit ‘hancing’ dan ‘kencing’ sepanjang masa.
“Sejak Mei 2018, penyokong-penyokong Pas dan Umno telah berjaya mempopularkan beberapa istilah baru dalam politik: hancing, kencing dan yang sewaktu dengannya.
“Antara perkara yang paling diulang ialah kononnya janji untuk menurunkan harga minyak sejurus selepas PH berkuasa. Padahal itu bukan pun janji manifesto PH dalam 2018,” katanya.
Leave a Reply