TAFSIRAN agama yang sempit tidak sepatutnya dibenarkan diajar di sekolah, kata bekas menteri perdagangan, antarabangsa dan industri, Rafidah Aziz.
Bercakap dalam sebuah forum hari ini, Rafidah menegaskan amalan itu bercanggah usaha kerajaan dalam memupuk perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum.
Beliau berkata keadaan sedemikian berlaku apabila sekolah dipimpin oleh pendidik yang menafsirkan pendidikan dengan cara mereka sendiri.
“Bila bercakap tentang penyatuan, jangan ajar di sekolah-sekolah yang kamu tidak boleh mengucapkan kepada orang lain Merry Christmas, kamu tak boleh mengucapkan Happy Deepavali kepada orang Hindu.
Iklan
“Itu bukan penyatuan, ini bukan dasar kerajaan. Ini hanya tafsiran oleh beberapa orang bodoh,” kata Rafidah semasa forum pendidikan yang dianjurkan oleh kumpulan pendidikan Gerak dan Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) di Fakulti Undang-undang Universiti Malaya (UM) hari ini.
Beliau menjawab soalan hadirin mengenai langkah untuk menanamkan semangat perpaduan di kalangan rakyat Malaysia khususnya golongan muda.
Rafidah berkata masalah seperti itu tidak semestinya salah sistem pendidikan kerana kadangkala para guru menggunakan cara sendiri dalam mendidik para pelajar.
Beliau juga menceritakan pengalamannya melawat sebuah sekolah tadika di sebuah kampung di Kuala Kangsar apabila beliau disambut oleh kanak-kanak di sekolah berkenaan dengan persembahan nasyid.
“Ketika saya masih seorang MP dan menteri, saya pergi ke tadika yang ditaja kerajaan dan ada anak-anak kecil berusia lima tahun yang bertudung, menyanyi kepada kami orang dewasa, ‘Ingatlah mati’ dan sebagainya.
“Dalam ucapan ucapan saya, saya menghentam (pentadbiran) sekolah berkenaan. Adakah ini yang kamu ajar? Kanak-kanak ini belum pergi ke sekolah lagi dan kamu mahu mereka ingatkan orang dewasa tentang akhirat?”.
“Adakah ini dasar kerajaan? Tidak. Kerajaan tidak tahu, jadi kita harus melaporkan penyimpangan ini, jika kita tidak berbuat demikian, penyimpangan ini menjadi norma,” tambah Rafidah.
keris
Bila cinta dunia maka ingat tentang mati itu satu dosa bagi mereka. Berbahagia mereka yg sentiasa ingat pada mati kerana mati itu pasti. Berusahalah dan cari kejayaan seperti akan hidup beribu tahun.
Norbaizura Ahmad
Betul la sentiasa ingat akan mati…x faham dgn isu sebegini..Mmg elok dr kecik diterapkan ingat satu hari akan mati.Mmg kita kena sediakan bekalan dan ingat kematian.Mati itu pasti…nk marah2 bising2 pulak..x faham la..dlm berfikiran ilmu akademik yg tinggi ada juga dangkal nya..malu nya kalau seorg islam melontarkan.kecewa dek kerana ank2 tadika ingatkan org dewasa hal mati..malu nya menjadi seorg islam itu lagi dgn usia tua macam kecewa..nak persoal dan terasa pada ank2 tadika ingat kan mati.Sepatutnya berterima kasih pada ank2 tadika itu..balik rumah dan muhasabah diri..entah la org sekarang…
wakdol
mereka menyangka mereka akan hidup selama-lamanya.. sedangkan malaikat maut sedang memerhati dan bersiap seria melaksanakan perintah Allah Taala.
Msl5
mujur juga ada budak tadika. Alhamdulillah. Syukur pada Allah atas segala Ni’mat yang diberi.
Dzul
Terlalu cinta kan dunia takut pada mati dia ingat dia tak mati malang sungguh orang macam ni kesian
Eddy
Kerana sentap dengan teguran yg baik dia menegur guru-guru tentang usaha kerajaan pulak.. kenapa tak maju hati sendiri dilembutkan? Sedangkan Kita ni tanah selut Yang boleh diolah Di lembutkan dengan nasihat Dan zikir…
Jay
Orang fasik.. Jangan diikut
Sesat lagi menyesatkan
Norashikin
Kita skrng dihujung khdpn wlpn blm ada tanda yg besar..mgkn sbb itu ramai yg blm sedar & masih relax.kl faham alquran & hadis br kt sedar krn mgkn blaku lbh cpt pd kiamat kecil.jd sntiasalah ingt mati & apa bekalan untk dibawak.pk aku selamat atau tidak.Allahuakbar..ampun ni dosa kami2 semua.krn hdp & matiku keranaMu Ya Allah.
Abu Afif AL Waleed
Makin lama makin kesian aku tengok macik nie..
Agaknya apa yg ada dlm benak fikiran ny sepanjang hidupnya..
Siti Arbaayah
Melentur buluh biar dr rebungnya. Dh cantik la tu anak2 syurga dapat menjiwai dan menghayati ajaran islam. Bukan semua orng dewasa tu betul. Kadang2 allah datangkan kanak2 tu yg boleh menyedarkan kita yg selalu leka dan lalai. Jgn pandang pada siapa yg menegur. Tapi pandang la pada apa yg ditegur..
yie
yg budak xde DOSA.
yg tua penuh dgn dosa atas kepala.
Siti
Mati adalah untuk semua… Orang ingat mati akan sentiasa bertanggungjawab..hormat orang lain. Sangat menjaga persaudaraan Dan perpaduan… Menjaga hubungan dengan orang yang berlainan agama … Dengan mengingati mati Kita akan sentiasa berusaha untuk membuat kebajikan Dan memajukan diri
Izzul Ghazali
ini lah bayangan kepada pemerintahan negara sekarang.
yang dipentingkan hanya pembangunan duniawi.
liberalisasi dan pluralisasi serta kesamaan diutamakan hingga membawa fahaman sesat.
Andong
Ingat mati tu sesuatu yg wajar.. Dgn mengingati mati, org akan tau diri.. Tau, jaga diri, mulut, hati, fikiran dan anggota tubuh sebab akan ingat nanti ada soalan2 yg akan ditanya dikubur. Taklah buat perkara2 yg akan menyeksa diri sendiri.. Taklah jadikan diri hamba dunia semata..
Bila fikiran terlalu liberal sampai tak mampu beza antara mana boleh dan tak boleh. Akibatnya hati awal2 dah mati.
Ahmad farizan bin saad
Lihat lah disebalik yang memberi nasihat.. Ada Allah disebalik itu.. budak atau orang dewasa bukan masalahnya.. tapi nasihat yang diberikan
siti
masyaaAllah ..budak tu bukannya kurang ajar,tapi terlebih diajar utk memberi pengajaran sesama insan tua atau muda
Hasnita bt Mat Sabor
Nampaknya nasyid adik2 spai macam anak panah🤣🤣
zurinah idris
Betul ckp Allahyarham PRamlee…dah tua pun…bodo..🤐