Bukan sekadar blog

Politik

Putrajaya dalam masalah jika rakyat menyesal undi Pakatan, kata Guan Eng

PAKATAN Harapan (PH) akan ditimpa masalah jika rakyat merasakan mereka sudah tersilap membuat keputusan menukar kerajaan pada pilihan raya umum 9 Mei lepas, kata Lim Guan Eng.

Menteri Kewangan itu berkata demikian dalam program pertemuan dengan rakyat Malaysia di Washington DC, Amerika Syarikat pada Sabtu.

“Warga Malaysia mestilah merasakan bahawa mereka telah mengambil tindakan yang tepat dalam mengubah kerajaan.

“Dan pilihan itu hanya tepat apabila mereka merasakan bahawa bukan sahaja hidup lebih baik di bawah kerajaan PH berbanding BN, tetapi anak-anak mereka mempunyai masa hadapan yang lebih cerah.

Loading...

“Jika kita tidak dapat membuat rakyat berfikir sedemikian rupa, kita akan menghadapi masalah,” katanya ketika berucap.

Pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Rantau yang diadakan Sabtu lepas, PH kalah kepada Barisan Nasional. Ia merupakan kekalahan ketiga berturut-turut PH selepas PRK Cameron Highlands dan PRK Semenyih.

Kerajaan PH yang genap setahun memerintah bulan depan, mendapat kritikan ekoran gagal menyelesaikan isu kos sara hidup, gagal memenuhi janji pilihan raya serta memperkenalkan beberapa dasar yang tidak popular.

Loading...

Leave a Reply